oleh
Harga
RM 35
Saiz
5.8x8.3
Mukasurat
336
Tarikh Terbit
Mar 2024
ISBN
978-629-7564-72-2
Kemahiran berkomunikasi adalah kayu ukur persaingan dalam kehidupan hari ini. Oh Su Hyang, pakar komunikasi terkemuka di Korea Selatan, tampil menghasilkan buku mengenai pelbagai teknik komunikasi yang berharga.
Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berkomunikasi yang baik? Ia bukan sekadar menyebut perkataan dengan jelas, malah mampu menggetarkan jiwa para pendengar.
Ucapan seorang juara memiliki daya tarikan. Ucapan seorang pengacara majlis mampu menghidupkan suasana. Bagi mencapai objektif komunikasi, pujukan dan negosiasi, anda perlukan beberapa metode yang efisien.
Buku ini dihasilkan untuk dipraktikkan oleh sesiapa sahaja. Anda dapat belajar daripada pengalaman-pengalaman orang terkenal dan menguasai rahsia mereka. Dengan komitmen dan kesungguhan, kita pasti dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dan menghasilkan impak yang positif.