oleh
Harga
RM 35
Saiz
5.8x8.3
Mukasurat
234
Tarikh Terbit
May 2025
ISBN
978-967-369-979-7
✓ “Saya perlu masuk Universiti A kerana kawan-kawan belajar di Universiti A.”
✓ “Saya perlu bekerja di syarikat B supaya orang nampak saya berjaya.”
✓ “Saya perlu beli barang berjenama agar orang anggap saya berada.”
✓ “Saya mahu tampil seperti dia yang dipuja ramai.”
Penat. Terlalu penat hidup dalam kerangka pandangan dan penilaian orang lain, seolah-olah tiada hujung untuk memenuhi kehendak mereka.
Buku ini membuka mata tentang satu perkara penting iaitu hidup sebagai diri sendiri. Bila kita benar-benar menerima siapa kita, barulah kita mengenal makna bahagia yang sebenar. Bukan yang lahir daripada pujian, tetapi yang tumbuh perlahan dari dalam.
Melalui senarai tugasan yang ringkas, buku ini mengajak kita untuk berdamai dengan hidup yang kita miliki. Tidak perlu menjadi orang lain untuk berasa cukup kerana tenang akan hadir bila kita terima diri seadanya.