Positif, Tapi Toksik

oleh

Luqman Mahmud, PhD

Harga

RM 35

Saiz

5.8 x 8.3

Mukasurat

248

Tarikh Terbit

Oct 2026

ISBN

978-629-464-216-4

“Jangan fikir bukan-bukan.”
“Kena kuat.”
“Ada hikmah.”

Pernah dengar ayat-ayat ini ketika hati sedang serabut? Ketika sebenarnya hanya mahu didengar, tetapi yang datang ialah nasihat untuk terus berfikiran positif?

Kadang-kadang, terlalu banyak kata-kata positif buat rasa geram, marah atau penat terasa seperti sesuatu yang tak sepatutnya dirasai. Akhirnya, senyum tetap diberi walaupun hati sebenarnya sedang tak baik-baik sahaja.

Positif, Tapi Toksik mengajak
melihat semula cara memahami perasaan, menerima hari-hari yang tidak sempurna dan belajar meluahkan apa yang dirasa tanpa perlu berpura-pura sentiasa kuat.

Kerana ada masa, tak perlu kata “semuanya akan baik-baik sahaja”. Cukup dengan memahami bahawa hari ini memang sedang tidak baik.