Serasi

oleh

Saifuddin Hamizan, Nur Afiqah Kamisruddin

Harga

RM 35

Saiz

5.8x8.3

Mukasurat

296

Tarikh Terbit

Apr 2023

ISBN

978-967-369-689-5

Beli buku fizikal:

Beli versi ebook:

Tegak rumah kerana sendi dan tiangnya, tegak rumah tangga kerana santun dan tanggungjawab ahlinya. Seperti kata Dr. Jordan Peterson, perkahwinan bukan soal ‘kebahagiaan hakiki’ namun ianya soal saling berkongsi makna hidup melalui kelebihan dan kekurangan kedua pasangan sehingga usia berakhir.

Menghidupkan cinta dalam rumah tangga, dan menghidupkan rumah tangga dengan cinta menjadi destinasi dan harapan yang memerlukan tambahan pengalaman dan kemahiran. Apa juga pengakhiran cinta yang diperjuangkan, cinta tetap diusahakan kelak mendorong tumbuhnya manusia yang berbudi dan lebih menghargai.

Seperti kata Bang Muluk ketika memberi semangat kepada Zainuddin di dalam Novel Tenggelamnya Kapal Ven Dar Wijck, “Orang-orang besar yang kalah dalam percintaan akan menggunakan kekalahan itu sebagai pendorongnya untuk maju dalam politik, menulis syair, mengarang puisi, dan dalam segenap bidang lainnya.”