The Art of Affiliate Marketing

oleh

Kionz. C

Harga

RM 35

Saiz

5.3 x 7.6

Mukasurat

232

Tarikh Terbit

May 2024

ISBN

978-967-369-788-5

Beli buku fizikal:

Perkembangan pesat dalam dunia digital telah menyaksikan perubahan radikal dalam cara kita menjana pendapatan. Dengan kemunculan era Internet, landskap perniagaan tradisional yang selama ini bergantung pada kedai fizikal, modal besar, dan sewa premis, kini menghadapi cabaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Kehadiran Internet mengurangkan keperluan untuk kedai fizikal, maka permintaan untuk mereka menurun. Inilah dunia affiliate marketing – arena perniagaan yang menawarkan kebebasan daripada tekanan hidup dan berpotensi menjana pendapatan jutaan ringgit.

Dalam buku ini, anda akan mempelajari:

Apa itu Affiliate Marketing: Pengenalan kepada model perniagaan yang memungkinkan anda menjana pendapatan tanpa perlu produk sendiri.

Kuasa Affiliate Marketing: Cara pemasaran affiliate dapat menjadi sumber pendapatan yang lumayan dengan menggunakan strategi yang tepat.

Jenis Affiliate Marketing: Pelbagai bentuk pemasaran affiliate yang dapat anda terokai untuk menyesuaikan dengan kekuatan dan minat anda.

Penjanaan Dollar USD dari Malaysia Melalui Affiliate Marketing: Strategi untuk memanfaatkan platform global dan menjana pendapatan dalam mata wang asing, khususnya USD, dari Malaysia.

Langkah Demi Langkah untuk Memulakan Kerjaya Affiliate: Panduan praktikal seperti memilih niche, mendaftar dengan program affiliate, dan promosi produk.

Rahsia Penjanaan Jutaan Ringgit: Teknik dan strategi yang perlu anda ketahui untuk memaksimumkan potensi pendapatan anda dalam dunia affiliate marketing.

Buku ini bertujuan memberikan anda pengetahuan dan pendidikan sebelum anda bermula sebagai affiliate yang sekali gus memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh dunia digital saat ini. Sama ada anda baru berjinak-jinak dalam bidang ini ataupun sedang mencari cara untuk mengoptimumkan pendapatan affiliate anda, panduan ini menjadi sumber ilmu yang berharga.

Mulakan perjalanan menuju kebebasan kewangan melalui affiliate marketing sekarang!