oleh
Harga
RM 25
Saiz
5.8 x 8.3
Mukasurat
192
Tarikh Terbit
Nov 2024
ISBN
978-967-369-892-9
Mungkin kita serupa, sedang berjuang melawan semua anasir-anasir jahat dalam fikiran kita. Dengan alasan "aku mampu melawannya", kita sering memaksa diri untuk menjadi siapa pun yang orang lain minta.
Satu-satunya yang mampu dipeluk, hanyalah diri sendiri. Ketika semua begitu melelahkan, ada kalanya menjadi diri sendiri di kamar dan bersendirian, itu begitu melegakan. Aku malu menunjukkan sisi lainku yang ini, kerana ini adalah bahagian diriku yang paling lemah, yang air matanya tidak ingin diketahui oleh siapapun. Satu-satunya temanku menangis malam ini adalah kaktus. Aku pamerkan ia di sudut meja belajarku, yang kini menjadi meja kerjaku.
Dan sekarang kita semakin membesar, kita mengharungi begitu banyak ruang dan waktu. Sudah terlalu banyak kesedihan yang kita tukarkan dengan memaksa diri untuk bekerja sehingga lewat petang. Berharap malam nanti, kita mampu tertidur, bukan dengan lelap, tapi dengan lelah.
Seperti kaktus, bertahanlah sekuat-kuatnya. Ketika tidak ada orang langsung yang mempedulikan makna hidupnya, kaktus memilih untuk menyembunyikan bunganya yang paling indah untuk mekar dalam satu malam sahaja. Kerana bagi kaktus, tidak semua proses perlu dipamerkan atau diraikan seperti mawar, dan ia juga tidak menuntut untuk dihormati seperti melati.